Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin agama boleh main peranan lebih besar bantu masyarakat harungi COVID-19

Pemimpin agama boleh memainkan peranan lebih besar untuk membantu masyarakat mengharungi cabaran akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemimpin agama boleh memainkan peranan lebih besar untuk membantu masyarakat mengharungi cabaran akibat pandemik COVID-19.

Ini termasuk dari segi bantuan psikologi, emosi dan juga kehidupan sosial, selain sokongan kerohanian.

Perkara itu dibincangkan dalam webinar bertajuk 'Krisis Pandemik COVID-19 dan Peranan Pemimpin Agama: Pelajaran dan Kerjasama' anjuran Jamiyah Singapura malam semalam (11 Sep).

Ia disiarkan secara langsung di laman Facebook dan YouTube.

Perbincangan online tersebut dihadiri seramai 10 pemimpin agama dan ahli akademik dari dalam dan luar negara termasuk dari Filipina, Vatican dan Switzerland.

PRESIDEN HALIMAH PUJI USAHA PEMIMPIN AGAMA BANTU MASYARAKAT HARUNGI COVID-19

Dalam ucapan pembukaannya, Presiden Halimah Yacob berkata ramai yang berpaling kepada kepercayaan mereka untuk mendapatkan sumber kekuatan dan ketenangan dalam waktu sangat mencabar kini.

"Ramai pakar telah memberi amaran tentang pertarungan yang panjang, dan kesulitan ekonomi yang berlanjutan untuk tempoh yang lama."

"Pemerintah Singapura telah mengadakan beberapa langkah untuk menangani krisis ini, dan juga bersiap sedia selepas COVID-19. Tetapi respons yang berkesan akan memerlukan kerjasama setiap anggota masyarakat," kata Puan Halimah.

Ia termasuk membantu rakyat menangani kesan sosial, psikologi, emosi dan rohani.

Maka itu, sesi webinar anjuran Jamiyah Singapura itu adalah platform yang tepat bagi pemimpin berbilang agama berkongsi pandangan dan memikirkan bagaimana untuk menggalak perpaduan dan persefahaman silang agama.

KONGSI IDEA DAN PENGALAMAN

Selama satu setengah jam, para pemimpin agama dan ahli akademik berkongsi idea serta pengalaman membantu masyarakat di negara masing-masing yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Prof Dr Phramaha Hansa Dhammahaso dari Universiti Mahachulalongkornrajavidyalaya Thailand berkongsi bahawa kuil Buddha di negara itu bertungkus lumus membantu rakyat yang terjejas.

"Ramai orang di Thailand tidak mempunyai makanan kerana tidak bekerja dan tidak ada wang," kata beliau.

Presiden Persatuan Abdul Kalam Vision Singapura Encik K.Kesavapany pula berkongsi bahawa pihak kuil memastikan para penganut di sini memahami arahan pemutus rantaian yang dilaksanakan.

Pada masa yang sama, pihak kuil telah juga bekerjasama dengan penganut agama lain untuk membantu anggota masyarakat yang terjejas, tidak kira bangsa atau agama.

Selain isu perkauman dan ketidaksamarataan ekonomi, ahli panel turut membincangkan tentang perlunya membantu golongan muda bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ketidaktentuan yang dibawa COVID-19. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan