Koronavirus

Images

Pemerintah pantau keadaan pandemik susuli sambutan CNY

SINGAPURA: Jawatankuasa bertindak berbilang kementerian bagi COVID-19 memantau keadaan pandemikCOVID-19 bagi tempoh selama beberapa minggu selepas musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY) demi menilai bila langkah-langkah kesihatan awam termasuk langkah-langkah pengurusan selamat di tempat kerja boleh disesuaikan.

Menjawab pertanyaan di Parlimen, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad menambah bahawa bekerja dari rumah merupakan aturan yang tetap.

Sebarang penyesuaian yang dilakukan terhadap pengurusan selamat di tempat kerja perlu menimbangkan risiko kesihatan awam, jumlah kes dalam masyarakat serta kepentingan para pekerja dan syarikat.

Encik Zaqy juga berkata bahawa sedang lebih ramai orang menerima suntikan vaksin, mereka masih perlu mematuhi langkah-langkah kesihatan awam.

"Sehingga sudah cukup orang yang menerima suntikan vaksin, para pekerja yang sudah menerimanya harus terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam seperti langkah pengurusan selamat di tempat kerja. Kita masih memantau tempoh perlindungan vaksin dan keberkesanannya dalam mencegah penularan COVID-19," ujar Encik Zaqy. 

- CNA/HK/na

Top