Skip to main content

Iklan

Iklan

Pemeriksaan guna SafeEntry diperkenalkan semula di semua pasar raya mulai 21 Jul: MOH

Mulai 21 Julai, pemeriksaan menggunakan SafeEntry akan diperkenalkan semula di semua pasar raya termasuk yang terletak di dalam bangunan yang juga mempunyai kemudahan SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether dan masa operasi yang sama.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemeriksaan guna SafeEntry diperkenalkan semula di semua pasar raya mulai 21 Jul: MOH

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk membuat pembayaran di sebuah pasar raya di Singapura pada 14 Mei 2021. (Gambar: Zen Soo/AP)

Diterbitkan : 07 Jul 2021 04:30PM Dikemas Kini : 07 Jul 2021 04:34PM

SINGAPURA: Mulai 21 Julai, pemeriksaan menggunakan SafeEntry akan diperkenalkan semula di semua pasar raya termasuk yang terletak di dalam bangunan yang juga mempunyai kemudahan SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether dan masa operasi yang sama.

Pasar raya di bangunan sendiri yang sekarang ini menggunakan pemeriksaan digital SafeEntry-TraceTogether dan SafeEntry Gateway akan terus menggunakan kemudahan tersebut.

Sekarang ini kedai runcit besar dan pasar raya di dalam pusat beli-belah yang mempunyai kemudahan SafeEntry tidak perlu melaksanakan pemeriksaan SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, kecuali masa operasinya berbeza dengan masa operasi pusat beli belah berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (7 Jul) ramainya pelanggan di pasar raya, meningkatkan risiko penularan COVID-19.

Maka itu, dengan adanya kemudahan pemeriksaan SafeEntry di semua pasar raya yang terdapat di dalam bangunan akan memudahkan jejak kontak yang lebih tersasar.

"Kami menggalak orang ramai supaya mematuhi aturan pemeriksaan SafeEntry dan membawa token TraceTogether mereka atau hidupkan applikasi TraceTogether anda untuk memudahkan penjejakan kontak dan membantu melindungi diri mereka serta orang kesayangan mereka," kata MOH.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan