Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembersihan menyeluruh, keluar masuk Pasar G&G 414 Yishun dikawal

Majlis Bandaran Nee Soon (NSTC) menjalankan kerja-kerja pembersihan menyeluruh di Pasar G&G di 414 Yishun pada sebelah Jumaat malam (23 Jul) selepas kes-kes COVID-19 dikesan di pasar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembersihan menyeluruh, keluar masuk Pasar G&G 414 Yishun dikawal

Kerja-kerja pembersihan menyeluruh dijalankan di di Pasar G&G di 414 Yishun pada 23 Jul. (Gambar: Majlis Bandaran Nee Soon)

SINGAPURA: Majlis Bandaran Nee Soon (NSTC) menjalankan kerja-kerja pembersihan menyeluruh di Pasar G&G di 414 Yishun pada sebelah Jumaat malam (23 Jul) selepas kes-kes COVID-19 dikesan di pasar itu.

Menurut catatan di Facebook Majlis Bandaran Nee Soon pada Sabtu (24 Jul), langkah-langkah berwaspada akan dipertingkatkan "mengikut arahan dan nasihat pihak berkuasa". 

Ini termasuk mengawal pergerakan keluar masuk pengunjung dengan memasang pagar sementara dan mewajibkan pendaftaran masuk menggunakan SafeEntry.

Menurut kemas kini Kementerian Kesihatan (MOH) tentang keadaan COVID-19 di Singapura pada Jumaat, Pasar G&G di 414 Yishun Ring Road disenaraikan sebagai salah sebuah pasar yang terkait dengan kelompok jangkitan Pelabuhan Perikanan Jurong, dengan kurang daripada tiga kes dikesan.

"Kami ingin menggalak para penduduk supaya mengelak kesesakan dan sebaliknya berbelanja di luar waktu sibuk," menurut NSTC dalam catatan di Facebooknya.

"Jika anda pernah mengunjungi Pasar G&G di 414 Yishun dalam tempoh 14 hari yang lalu, sila pantau kesihatan anda dan berjumpa doktor dengan segera jika anda menunjukkan gejala seperti selesema." 

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan