Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu Grab dijangkiti COVID-19 bertugas pada 17 hingga 24 Dis, jejak kontak penumpang diteruskan: MOH

Seorang pemandu sambilan khidmat sewa kereta privet yang dilaporkan sebagai satu-satunya kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat pada Isnin (28 Dis), keluar bertugas sebagai pemandu Grab dari 17 Dis hingga 24 Dis, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) kepada Mediacorp pada Rabu (30 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Grab dijangkiti COVID-19 bertugas pada 17 hingga 24 Dis, jejak kontak penumpang diteruskan: MOH

Gambar fail pemandu dan aplikasi sewa kereta privet Grab (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 30 Dec 2020 08:28PM Dikemas Kini : 30 Dec 2020 08:43PM

SINGAPURA: Seorang pemandu sambilan khidmat sewa kereta privet yang dilaporkan sebagai satu-satunya kes jangkitan COVID-19 dalam masyarakat pada Isnin (28 Dis), keluar bertugas sebagai pemandu Grab dari 17 Dis hingga 24 Dis, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) kepada Mediacorp pada Rabu (30 Dis).

Lelaki berusia 48 tahun itu, yang juga merupakan seorang pramugara Singapore Airlines, berkunjung ke Amerika Syarikat atas urusan kerja antara 12 Dis dengan 16 Dis di bawah "jadual perjalanan terkawal".

"Kes 58766 bertugas sebagai pemandu sambilan khidmat sewa kereta bersama Grab antara 17 Dis dengan 24 Dis 2020," menurut MOH.

"Beliau tidak keluar rumah sejak 25 Dis sehingga disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 27 Dis dan dibawa ke hospital."

Proses menjejak kontak sedang dijalankan bagi mengenal pasti penumpangnya dan kontak rapat lelaki itu perlu menjalani kuarantin, menurut MOH.

"Risiko berlaku penularan secara amnya dinilai sebagai rendah di pengangkutan awam di mana kontaknya adalah untuk sementara waktu (seperti bas dan kereta api)," menurut MOH.

"Namun, disebabkan jarak dekat antara pemandu dengan penumpang di dalam teksi dan kereta sewa privet, penumpang yang didapati mempunyai kontak rapat dengan kes yang disahkan akan dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan