Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelitup muka terus wajib dipakai setelah 1 Jun; pelindung muka hanya bagi sesetengah golongan, keadaan tertentu

Orang ramai tetap perlu memakai pelitup apabila keluar rumah selepas tahap pertama kelonggaran rantaian pemutus jangkitan COVID-19 bermula esok (2 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Orang ramai tetap perlu memakai pelitup apabila keluar rumah selepas tahap pertama kelonggaran rantaian pemutus jangkitan COVID-19 bermula esok.

Demikian diumumkan oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam sidang Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) hari ini.

Pelindung muka atau 'Faceshield'pula hanya dibenarkan bagi golongan tertentu seperti tenaga pengajar dan mereka yang mempunyai kondisi kesihatan.

(Gambar: DSTA)

SEMAKAN TERHADAP PELITUP & PELINDUNG MUKA

MTF membuat semakan terhadap penggunaan pelitup memandangkan lebih banyak interaksi antara satu sama lain dijangka akan mengambil tempat susulan penyambungan semula aktiviti.

Orang ramai tekan, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, tetap perlu memakai pelitup muka dan bukan pelindung muka atau Faceshield memandangkan ia memberikan perlindungan yang lebih baik.

"Bermula dari 2 Jun, kami menjangkakan lebih banyak interaksi antara masyarakat akan mengambil tempat termasuk di pengangkutan awam. Maka itu, penggunaan pelitup muka akan tetap diteruskan.

"MTF telah membuat semakan terhadap penggunaan pelitup berbanding pelindung muka, kita tahu bahawa jangkitan COVID-19 berlaku menerusi titisan, sementara pelindung muka boleh memberikan perlindungan, reka bentuk pelindung muka biasanya meninggalkan jurang antara wajah seseorang dengan pelindung muka, ini bermaksud bahawa pemakainya boleh mengeluarkan titisan, tidak seperti pelitup," kata Encik Gan.

Meskipun begitu, terdapat beberapa golongan yang dibenarkan untuk memakai pelindung muka. Sebelum ini, pengguna diberi pilihan menggunakan pelitup atau pelindung muka jika mereka keluar rumah.

Golongan yang dibenarkan menggunakan pelindung muka termasuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang sukar untuk memakai pelitup muka untuk jangka waktu yang panjang,

Kedua, golongan yang mengalami keadaan kesihatan yang menyebabkan mereka sukar bernafas,

Ketiga, golongan yang perlu berinteraksi bersama sejumlah besar orang di mana penggunaan pelitup tidak praktikal seperti tenaga pengajar di dalam kelas. Pengguna harus memastikan pelindung muka mereka menutupi seluruh muka, dari dahi hingga bawah dagu dan tepi wajah. 

Denda akan dikenakan kepada mereka yang sepatutnya memakai pelitup tetapi memilih menggunakan pelindung muka. Pastikan juga pelitup menutupi hidung dan mulut pengguna, tambah MOH.

Meskipun beberapa kegiatan akan disambung mulai esok, MTF menasihatkan orang ramai untuk tidak keluar sekiranya tidak ada urusan penting.

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan