Pelarian Rohingnya pertama maut akibat COVID-19 di Bangladesh
Seorang warga emas Rohingya meninggal dunia pada Ahad di kem pelarian di Bangladesh, kem terbesar di dunia, kata seorang pegawai pada Selasa.
DHAKA: Seorang warga emas Rohingya meninggal dunia pada Ahad di kem pelarian di Bangladesh, kem terbesar di dunia, kata seorang pegawai pada Selasa.
Seorang pegawai di pejabat pelarian di Cox's Bazar Mohammad Shamsu Douza mengesahkan perkara itu kepada agensi berita Anadolu.
Lelaki itu sedang menjalani rawatan COVID-19 di pusat pengasingan.
Sampel mangsa dihantar ke Dhaka dan hasil ujian mengesahkan lelaki itu dijangkiti COVID-19.
Buat masa ini terdapat 29 pelarian Rohingya di kem pelarian di Cox's Bazar disahkan positif virus itu dan dirawat di pusat pengasingan, katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.