Skip to main content

Iklan

Iklan

Pelajar dikecualikan daripada kegiatan fizikal buat seminggu selepas dos pertama dan kedua COVID-19

MOE menyatakan semua guru pendidikan fisikal dan Kegiatan Ko-Kurikular (CCA) akan memeriksa dengan pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti-aktiviti itu selain menasihati ibu bapa serta pelajar agar berhati-hati tentang kesan sampingan yang mungkin timbul akibat vaksinasi COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar dikecualikan daripada kegiatan fizikal buat seminggu selepas dos pertama dan kedua COVID-19

Gambar hiasan. (Gambar: Julian Finney/AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2021 11:24PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 11:28PM

SINGAPURA: Sekolah-sekolah serta institut pengajian tinggi (IHL) mengecualikan pelajarnya daripada kegiatan fizikal selama seminggu selepas mereka menerima suntikan pertama dan kedua vaksin COVID-19 sejak lewat bulan lalu apabila sekolah dibuka semula selepas cuti sekolah Jun, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (6 Jul).

Kenyataan kementerian itu adalah respons kepada pertanyaan daripada Mediacorp, sehari selepas Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 mengubah nasihatnya berhubung perkara tersebut. Makluman tersebut meminta mereka yang menerima sebarang suntikan vaksin mRNA supaya mengelak daripada melakukan bersenam atau kegiatan fizikal yang lasak selama seminggu.

Dalam nasihat yang dikemas kini pada Isnin, Kementerian Kesihatan (MOH) menggesa individu supaya mengelak daripada melakukan kegiatan lasak selepas mendapatkan suntikan pertama dan kedua vaksin COVID-19 mereka. Kegiatan itu termasuk berenang, berbasikal, mengangkat besi berat, permainan menggunakan bola atau raket. Sukan kompetitif dan pendidikan jasmani juga disenaraikan dalam nasihat tersebut.

Sebelum ini, pada 11 Jun, jawatankuasan pakar itu menyatakan bahawa mereka yang sudah divaksinasi harus mengelak daripada membuat kegiatan fizikal lasak buat seminggu hanya selepas menerima dos kedua vaksin mRNA.

Kemas kini itu dibuat sedang MOH menyiasat kes seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang rebah, disyaki akibat serangan jantung, enam hari selepas menerima suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech. Ia berlaku selepas dia membuat senaman gim yang lasak.

Setakat Isnin, MOH menyatakan remaja itu berada dalam keadaan kritikal di Hospital Universiti Nasional (NUH). Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, kedua-dua NUH dan MOH enggan memberikan butiran lanjut tentang keadaan remaja itu dengan alasan atas kerahsiaan pesakit.

Dalam kenyataannya, MOE menyatakan semua guru pendidikan fisikal dan Kegiatan Ko-Kurikular (CCA) akan memeriksa dengan pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti-aktiviti itu selain menasihati ibu bapa serta pelajar agar berhati-hati tentang kesan sampingan yang mungkin timbul akibat vaksinasi COVID-19.

“Secara lebih terperinci, jika mereka mengalami sakit dada, kesesakan nafas atau degupan jantung luar biasa, pelajar harus mendapatkan rawatan perubatan dengan segera," menurut MOH.

Kementerian itu menyatakan ia akan terus bekerjasama dengan MOH dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk memantau teliti pelajar yang mengalami kesan sampingan selepas vaksinasi mereka agar jagaan yang wajar boleh diberikan kepada mereka dengan segera. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan