Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pekerja PUB diuji positif virus COVID-19, kakitangan terjejas diminta bekerja dari rumah

Seorang kakitangan PUB diuji positif virus COVID-19, menurut agensi air kebangsaan itu hari ini (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja PUB diuji positif virus COVID-19, kakitangan terjejas diminta bekerja dari rumah

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 08:45PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 08:48PM

SINGAPURA: Seorang kakitangan PUB diuji positif virus COVID-19, menurut agensi air kebangsaan itu hari ini (14 Feb).

Pekerja itu adalah seorang kakitangan pentadbiran yang bekerja di pejabat agensi tersebut di Bangunan Sekitaran, dan tidak terlibat dalam operasi loji atau luar pejabat, menurut PUB dalam satu kenyataan media.

Kesemua kakitangan daripada tingkat yang terjejas di bangunan itu - seramai 70 kakitangan keseluruhannya - diminta untuk meninggalkan pejabat dan menyambung kerja dari rumah bagi membolehkan kerja-kerja membersihkan ruang pejabat dijalankan.

Menurut PUB lagi, tiada arahan pemindahan dikeluarkan bagi pekerja di bangunan tersebut dan para pekerja dijangka kembali bertugas seperti biasa pada Isnin (17 Feb).

PUB juga akan membahagikan pasukan pengurusan kanan agensi itu kepada kumpulan yang berbeza pada minggu ini sebagai sebahagian daripada latuhan kesinambungan operasi.

Menurutnya ia tiada kaitan dengan kakitangan yang terjejas itu, selepas beberapa wadah media melaporkan bahawa selain daripada mengosongkan bangunan, sesetengah jabatan juga sudah mula membahagikan anggota pasukan mengikut kumpulan berbeza.

"Kami amat kesal laporan media sebelum ini mengaitkan latihan tersebut dengan kes jangkitan yang disahkan."

PUB juga menggariskan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi melindungi pekerjanya daripada virus itu. Ini termasuk mempertingkatkan langkah kebersihan, membekalkan termometer kepada setiap kakitangan dan meminta mereka melaporkan suhu badan masing-masing dua kali sehari.

Singapura mengesahkan lagi sembilan kes baru virus COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 67. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan