Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasar borong Pandan di JB ditutup seminggu susuli kes COVID-19

Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar borong Pandan di JB ditutup seminggu susuli kes COVID-19

Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau, di Johor Baru. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 09:41PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 09:44PM

JOHOR BARU: Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau, di Johor Baru ditutup selama tujuh hari bermula hari ini (24 Jan) hingga 31 Januari bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan di pasar berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama mengesahkan penutupan berkenaan dan memaklumkan bahawa notis perintah tutup premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi tadi.

Beliau berkata pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

"Apabila sempurna kerja-kerja sanitasi disahkan oleh KKM, pasar berkenaan sudah boleh dibuka," katanya hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru Tai Wah Sun berkata pemilik, peniaga ikan dan sayuran termasuk pekerja dan pemandu lori di Pasar Borong Pandan sudah mengambil inisiatif menjalani ujian saringan kesihatan meskipun notis penutupan pasar dikeluarkan pagi tadi.

Katanya, kebanyakan warga pasar berkenaan sudah menjalani ujian saringan beberapa hari sebelumnya sebagai tindakan awal pencegahan penularan COVID-19.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan