Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pandemik COVID-19 cetus pelbagai inovasi unik di S'pura

Pandemik COVID-19 cetus pelbagai inovasi unik di S'pura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2021 04:56PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 08:45PM

SINGAPURA: Sedang Singapura menyesuaikan diri kepada norma baru,para peniaga dan penyelidik juga menjalankan pelbagai usaha demi menangani cabaran-cabaran baru yang timbul dek pandemik COVID-19.

Berikut beberapa inovasi unik yang dihasilkan.

MESIN LAYAN DIRI

Sekarang ini, bukan saja ada mesin layan diri untuk pelitup muka tetapi juga mesin layan diri untuk orang ramai mengisi botol kosong dengan gel pembasmi kuman.

Seseorang hanya perlu mengimbas kod pada bil api airnya, mengambil pelekat,
lalu meletakkan botol di bawah muncung mesin itu.

Daya inovasi tersebut membolehkan Yayasan Temasek mengurangkan jumlah relawan yang diperlukan, daripada 15,000 orang kepada hanya 150 orang bagi pengagihan cecair pembasmi kuman tahun lalu.

LIF BIJAK KESAN SUHU, BASMI KUMAN

Satu pasukan dari Politeknik Temasek pula mencipta lif dengan teknologi yang menjadikannya 'bebas kuman'.

Sekiranya penumpang dikesan mempunyai suhu badan melebihi paras normal, sebuah sistem secara automatik akan diaktifkan untuk membasmi kuman di dalam lif.

Maka itu, butang-butang lif misalnya, tidak lagi perlu disalut dengan cecair khas.

Ia hanya melibatkan kos $100 untuk memasang sistem tersebut.

KOTAK BIRU, KOTAK MERAH

Para pelajar dari Kolej Barat ITE pula memulakan misi untuk 'menahan' mereka yang melanggar peraturan.

Selain suhu badan, sejenis alat pengimbas boleh mengesan sekiranya seseorang tidak memakai pelitup dengan betul.

Sebagai contoh, kotak biru akan muncul apabila seseorang memakai pelitup dengan salah.

Jika seseorang tidak memakai pelitup, kotak merah pula akan muncul.

Gambar individu terbabit kemudian segera dikirimkan ke pegawai jaga jarak selamat.  

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan