Virus Korona

Images
  • WHO
    Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar: AFP)

Pandemik COVID-19, "belum lagi capai kemuncaknya" - WHO

GENEVA: Pandemik COVID-19, masih "belum lagi mencapai kemuncaknya", menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Isnin (29 Jun). Ia memberi amaran itu sedang angka korban akibat virus itu mencecah lebih 500,000 nyawa manakala kes jangkitan di Latin Amerika dan Amerika Syarikat terus meningkat.

Dalam satu gambaran suram berhubung penularan COVID-19, jumlah jangkitan di seluruh dunia meningkat kepada lebih 10 juta orang, menurut perangkaan AFP.

"Kita semua mahukan ia berakhir dan menjalani kehidupan seperti biasa, namun hakikatnya ia masih belum dapat ditamatkan, biarpun sesetengah negara dilihat bertambah baik, secara global pandemik ini masih lagi berleluasa," kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan WHO akan menghantar pasukan ke China bagi mencari punca COVID-19.

COVID-19 masih menular di merata Amerika Syarikat, yang mencatatkan 125,000 kematian dan 2.5 juta kes jangkitan -- kedua-duanya sekitar suku daripada jumlah global.

Sedang beberapa negeri Amerika Syarikat dipaksa menguatkuasakan semula sekatan terhadap restoran dan bar, Presiden Donald Trump digesa agar menunjukkan contoh dengan memakai pelitup muka.

Negara kedua yang paling teruk dilanda virus itu adalah Brazil yang mencatatkan 259,105 jangkitan dalam seminggu.

- AFP/NA/na

Top