Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Palestin rancang hantar pulang pelawat dari negara terjejas COVID-19

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan rancangan menghantar pulang para pelawat dari negara-negara terjejas COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Palestin rancang hantar pulang pelawat dari negara terjejas COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 06:29PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 06:39PM

BAITULAHAM: Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan rancangan menghantar pulang para pelawat dari negara-negara terjejas COVID-19.

Langkah itu diumumkan memandangkan belum ada kes jangkitan virus tersebut di wilayah-wilayah Palestin.

Gabenor Baitulaham berkata langkah menghantar pulang sudahpun dilakukan terhadap para pengunjung dari Asia Tenggara.

Pihak berkuasa Israel dan Palestin juga meminta mereka yang berhubung rapat dengan sekumpulan pelancong Korea Selatan yang melawat Israel dan Tebing Barat awal bulan ini supaya melakukan kuarantin sendiri.

Seoul memberitahu Israel bahawa sembilan anggota kumpulan itu diuji positif virus tersebut sekembalinya mereka ke Korea Selatan.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan