Skip to main content

Iklan

Iklan

Pakistan khuatir penularan COVID-19 lebih meluas semasa Aidiladha

Pakistan menjangkakan penularan wabak COVID-19 mungkin akan lebih meluas semasa sambutan Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Penerangan Shibli Faraz, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakistan khuatir penularan COVID-19 lebih meluas semasa Aidiladha

(Gambar menerusi BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Jul 2020 10:20PM Dikemas Kini : 08 Jul 2020 10:24PM

ISLAMABAD: Pakistan menjangkakan penularan wabak COVID-19 mungkin akan lebih meluas semasa sambutan Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Penerangan Shibli Faraz, lapor agensi berita Xinhua.

Justeru, kata beliau, orang ramai perlu mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan pemerintah dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Shibli berkata Perdana Menteri Imran Khan, yang mempengerusikan mesyuarat kabinet, juga memutuskan untuk menyambut perayaan itu di rumahnya dan mahu rakyat mengambil pendekatan sama.

Sebelum ini, pemerintah membenarkan pasar menjual hasil ternakan untuk dibuka tetapi di bawah SOP yang ketat bagi mengelakkan kawasan itu menjadi tempat penularan wabak. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan