Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Orang ramai beratur panjang di pusat beli-belah jelang penutupan sekolah, tempat kerja

Walaupun Pemerintah sudah menggesa orang ramai supaya sebaik mungkin duduk di rumah untuk mengekang penularan COVID-19, kelibat  pembeli masih kelihatan beratur panjang di beberapa pusat beli-belah pada Sabtu (4 Apr), menjelang penutupan sekolah dan kebanyakan tempat kerja minggu depan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai beratur panjang di pusat beli-belah jelang penutupan sekolah, tempat kerja

Orang ramai beratur di sebuah cawangan bubble tea di Somerset pada 4 Apr 2020. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 11:49PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 11:50PM

SINGAPURA: Walaupun Pemerintah sudah menggesa orang ramai supaya sebaik mungkin duduk di rumah untuk mengekang penularan COVID-19, kelibat pembeli masih kelihatan beratur panjang di beberapa pusat beli-belah pada Sabtu (4 Apr), menjelang penutupan sekolah dan kebanyakan tempat kerja minggu depan.

Para pembeli yang diwawancara Mediacorp berkata mereka keluar rumah untuk membeli barang keperluan asas selain permainan, buku dan elektronik.

Encik Zack Zuraini, yang beratur di luar kedai Toys R Us di VivoCity, berkata beliau berada di sana untuk membeli permainan pendidikan buat anak perempuannya yang berusia 10 tahun bagi mengisi masanya sepanjang sekolah ditutup.

"Saya perlu buat perancangan awal. Jika tidak, rumah akan menjadi tunggang langgang," ujarnya.

Bagi menangani pandemik COVID-19 diumumkan pada Jumat (3 Apr) bahawa Singapura akan melaksanakan pembelajaran di rumah sepenuhnya mulai 8 April hingga 4 Mei.

Mulai 7 Apr pula, kebanyakan tempat kerja kecuali khidmat penting dan sektor ekonomi utama akan ditutup.

Semua pasar raya, pasar basah, pusat penjaja serta tempat makanan dan minuman (F&B) akan terus dibuka. Bagaimanapun, pelanggan tidak dibenarkan makan di premis F&B dengan cawangan-cawangan itu hanya boleh menawarkan khidmat membawa pulang makanan dan penghantaran.

Keadaan di luar kedia buku Popular di VivoCity pada 4 Apr 2020. (Gambar: Jalelah Abu Baker)

Seorang lagi bapa, Encik Kevin Ong, pula sedang beratur panjang di luar kedai buku Popular pada Sabtu untuk membeli perkakas tulis bagi anak-anaknya.

"Saya juga mencari mesin pencetak sekiranya mereka perlu mencetak kertas kerja," kata beliau.

BELI BARANG KEPERLUAN KERJA

Sementara itu, beberapa yang lain pula keluar untuk membeli alat elektronik agar mereka dapat bekerja dari rumah. Encik James Goh membeli beberapa set alat dengar buat isterinya, seorang pemilik perniagaan, supaya beliau boleh mengedarkannya kepada kakitangan beliau sedang mereka bersiap untuk bekerja dari rumah.

Seorang tutor separuh masa, Adrian Ong, berada di pusat beli-belah Nex di Serangoon untuk mencari tablet di mana beliau boleh menggunakannya untuk mengendalikan pelajaran online buat para pelajar.

Ada pula segelintir yang lain yang berada di luar untuk menikmati apa yang disifatkan sebagai acara makan luar terakhir mereka bagi tempoh beberapa minggu ini.

Encik Adrian Tay, yang berada di VivoCty, berkata beliau bersama isteri dan dua anak mereka - berusia empat bulan serta dua tahun datang ke situ untuk menjamu selera dan mencuci mata.

PASAR BASAH PENUH SESAK

Meskipun Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dalam ucapannya kepada negara pada Jumaat bahawa pasar basah dan pasar raya akan terus dibuka, masih terdapat orang ramai yang berpusu-pusu ke sana untuk membeli bekalan barangan.

Pasar Tekka begitu riuh-rendah, dengan orang ramai berebut-rebut untuk membeli barang dapur seakan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina, menurut pengamatan seorang penjual daging, Aidyl.

Suasana di Pasar Tekka pada 4 Apr 2020. (Gambar: Jalelah Abu Baker)

Beliau berkata ada yang sanggup beratur di luar kedainya seawal jam 5.00 pagi dan mereka akan memborong lebih daripada biasa. Jika selalunya mereka membeli 1 hingga 2 kilogram daging lembu, kali ini pembelian mereka itu naik seganda, kongsi beliau.

"Biasanya, saya akan habis jual menjelang sekitar 12.00 tengah hari tetapi hari ini, semuanya laris dijual pada 8.00 pagi. Saya pesan begitu banyak unt 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan