Skip to main content

Iklan

Iklan

Northpoint City, Waterway Point antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

 Dua pusat beli-belah, Northpoint City di Yishun dan Waterway Point di Punggol, disertakan dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit. 

Anggaran Waktu Membaca:
Northpoint City, Waterway Point antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar-gambar: TODAY dan Google Maps)

Diterbitkan : 24 Jun 2021 07:43AM Dikemas Kini : 24 Jun 2021 07:44AM

SINGAPURA: Dua pusat beli-belah, Northpoint City di Yishun dan Waterway Point di Punggol, disertakan dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Dalam kemas kini keduanya mengenai pada Rabu (23 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan individu-individu berjangkit mengunjungi tempat-tempat itu pada waktu yang berbeza seperti yang tertera di dalam senarai berikut:

(Gambar: MOH)

Menurut MOH, salah satu kes adalah seorang lelaki Singapura berusia 26 tahun yang bekerja sebagai kakitangan dapur di cawangan Monster Curry di pusat beli-belah Ion Orchard.

Beliau pada awalnya diuji bagi COVID-19 pada 13 Jun sebagai sebahagian daripada ujian pengawasan MOH ke atas para pekerja di sana dan hasil ujiannya kembali negatif. Beliau kemudian mengalami sakit tekak pada 19 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Lelaki itu kemudian demam pada 21 Jun dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di mana beliau diuji bagi COVID-19. Pada hari yang sama, beliau dikenakan kuarantin selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada satu kes yang disahkan positif. Pada 22 Jun, beliau diuji positif COVID-19.

MOH menyatakan ia sudahpun menghubungi para individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes yang disahkan terjangkit.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di lokasi tersebut pada waktu berkenaan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka," tambah kenyataan MOH itu.

"Mereka perlu berjumpa doktor dengan segera jika mereka mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema) serta demam dan hilang deria rasa atau bau dan maklumkan kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada virus tersebut."

MOH menambah orang ramai juga boleh mengakses khidmat periksa sendiri padanan lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau di lelaman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di tempat-tempat tersebut pada waktu yang tertera, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

Orang ramai tidak perlu menjauhi tempat-tempat yang dikunjungi kes COVID-19, tambah kementerian itu.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memberi panduan kepada pihak pengurusan premis-premis yang terjejas mengenai kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Pada Rabu, MOH melaporkan 22 kes baru COVID-19 termasuk 13 dalam masyarakat. Bakinya adalah kes import. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan