Virus Korona

Images
  • nex
    (Gambar-gambar: NEX; Google Street View)

NEX, Parkway Parade, Muzium Negara dikunjungi kes COVID-19

SINGAPURA: Pusat beli-belah NEX dan Parkway Parade adalah antara tempat baru yang ditambah ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh mereka berjangkit, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (18 Okt).

Moments' cafe di 326 Serangoon Avenue 3 juga ditambah dalam senarai.

Cawangan makanan, serta Ya Kun Family Cafe di Parkway Parade dan Muzium Negara dikunjungi pada 5 Okt, manakala restoran Aburi-EN di pusat beli-belah NEX dikunjungi pada 17 Okt.

Berikut adalah tempat-tempat baru yang dikunjungi kes COVID-19:


Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes yang disahkan sudah dihubungi MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang telah ke tempat-tempat tersebut pada masa yang tertera harus memantau rapi kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka, kata MOH. 

Mereka harus berjumpa doktor dengan segera jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut, serta demam dan hilang deria rasa atau hidu, dan memaklumkan doktor tentang sejarah pendedahan mereka.

Menurut kementerian kesihatan, orang ramai juga boleh mengakses khidmat periksa sendiri Padanan Lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile, atau di laman SafeEntry untuk memeriksa sama ada mereka berada di tempat itu semasa waktu yang dinyatakan, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

"Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi oleh kes COVID-19," tegas MOH lagi.

"Agensi Sekitaran Kebangsaan akan melibatkan pihak pengurusan tempat terjejas untuk memberikan panduan tentang pembersihan dan pembasmian kuman."

Singapura melaporkan 7 kes baru COVID-19 pada Ahad (18 Okt), termasuk satu kes dalam masyarakat dan lima kes import.

- CNA/NA/na

Top