Skip to main content

Iklan

Iklan

New Zealand tarik balik sekatan COVID-19; PM Ardern kata varian Delta terkawal

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Isnin (6 Sep) berkata sekatan-sekatan koronavirus di seluruh negara akan ditarik balik kecuali larangan di bandar terbesar Auckland setelah negara itu berjaya mengawal penularan varian Delta. 

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand tarik balik sekatan COVID-19; PM Ardern kata varian Delta terkawal

Orang ramai beratur untuk membungkus makanan sewaktu perintah berkurung COVID-19 di seluruh negara dilonggarkan di Wellington, New Zealand, pada 1 Sep 2021. (Gambar: Praveen Menon/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 05:15PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 05:17PM

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Isnin (6 Sep) berkata sekatan-sekatan koronavirus di seluruh negara akan ditarik balik kecuali larangan di bandar terbesar Auckland setelah negara itu berjaya mengawal penularan varian Delta.

New Zealand secara amnya bebas virus kecuali kelompok kes yang kecil pada Februari lalu sehinggalah seorang pelawat dari Australia yang terjangkit merebakkan penularannya. Berikutan itu, ia menggesa Cik Ardern untuk menguatkuasakan perintah berkurung seluruh negara pada minggu lalu.

Cik Ardern, yang berkata sekatan-sekatan akan dilonggarkan di luar Auckland mulai Rabu (8 Sep), akan terus melaksanakan strategi bagi membendung penularan varian tersebut.

Sekitar 1.7 juta penduduk di bandar Auckland iaitu tapak penularan varian tersebut, akan tetap menjalani perintah berkurung tahap empat sepenuhnya sehingga selewat-lewatnya 14 September.

Pelonggaran status amaran dari tahap tiga ke tahap dua di bahagian-bahagian lain New Zealand akan membolehkan sekolah, pejabat dan perniagaan dibuka semula. Perjalanan rentas wilayah juga dibenarkan.

Pemakaian pelitup tetap akan disyaratkan apabila orang ramai berada di hampir semua tempat awam termasuk kedai dan pusat beli-belah. Tempat pelayanan tertutup akan dihadkan kepada 50 orang manakala tempat terbuka pula sehingga 100 orang.

Jumlah kes baru dalam penularan terkini merosot dari jumlah tertinggi sebanyak 85 kes pada 29 Ogos kepada 20 pada Isnin.

Penularan terkini menyumbang 821 kes kepada jumlah keseluruhan sekitar 3,400 kes COVID-19 di New Zelaand sejak pandemik itu melanda negara tersebut.

Perintah berkurung ketat yang dikuatkuasakan oleh Cik Ardern dan penutupan sempadan antarabangsa berjaya membendung COVID-19. Namun, pemerintah kini dipersoalkan tentang pelancaran vaksin yang tertangguh serta peningkatan kos dalam sebuah negara yang amat bergantung kepada tenaga kerja hijrahan.

Hanya sekitar 30 peratus daripada 1.5 juta penduduk negara itu sudah lengkap divaksin. Ini adalah kadar paling rendah berbanding negara-negara maju lain dalam perkumpulan OECD.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan