Koronavirus

Images
  • auckland
    Pemandangan latar langit Auckland. (Gambar: Laman Singapore Airlines)

New Zealand tarik balik sekatan COVID-19 di Auckland tengah malam 22 Feb

NEW ZEALAND: New Zealand akan menarik balik semua sekatan COVID-19 di bandar terbesar Auckland mulai tengah malam ini.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata lebih 72,000 ujian sudah dilakukan dan tiada bukti menunjukkan
berlaku penularan baru di dalam masyarakat.

Auckland dikenakan kepungan tiga hari bulan ini selepas sepasang suami isteri dan seorang anak mereka disahkan positif COVID-19.

Setelah itu, lima orang lagi disahkan positif.

Selepas langkah kepungan berakhir sekatan-sekatan ketat masih dikuatkuasakan termasuk menghadkan jumlah orang dalam sesuatu pertemuan.

Sungguhpun sekatan sedemikian bakal berakhir peraturan memakai pelitup masih diwajibkan di semua pengangkutan awam di merata New Zealand. 

- Agensi berita/MU/nk

Top