Skip to main content

Iklan

Iklan

New Zealand saksikan kenaikan kecil jumlah harian kes COVID-19 sepanjang hujung minggu

New Zealand melaporkan 24 kes tempatan baru COVID-19 pada Ahad (19 Sep), naik dari 20 pada Ahad, sekali gus menunjukkan peningkatan selepas beberapa hari mencatatkan jumlah yang rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand saksikan kenaikan kecil jumlah harian kes COVID-19 sepanjang hujung minggu

High Street di daerah pusat perniagaan Auckland, New Zelaand, pada 26 Ogos 2021. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 19 Sep 2021 05:02PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 05:06PM

WELLINGTON: New Zealand melaporkan 24 kes tempatan baru COVID-19 pada Ahad (19 Sep), naik dari 20 pada Ahad, sekali gus menunjukkan peningkatan selepas beberapa hari mencatatkan jumlah yang rendah. Ini sedang bandar terbesar negara itu, Auckland, menantikan berita sama ada perintah berkurung akan dilonggarkan.

Kesemua kes baru itu dilaporkan di Auckland, sebuah bandar yang mempunyai sekitar 1.7 juta penduduk. Bandar itu diletakkan sepenuhnya di bawah perintah berkurung tahap empat sejak pertengahan Ogos.

Pemerintah pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern bakal mengumumkan pada Isnin sama ada tahap amaran bagi Auckland dan bandar-bandar lain di negara itu akan diubah.

New Zealand sedang dalam usaha untuk melenyapkan penularan terkini COVID-19 pada hujung minggu ini. Penularan terkini tercetus pada pertengahan Ogos dan sudahpun menjangkiti 1,050 orang dengan jangkitan varian Delta yang sangat pantas menular.

Pengarah Kesihatan Awam Caroline McElnay berkata para pegawai kesihatan masih optimis, namun berhati-hati, walaupun sebahagian besar kes daripada penularan terkini terkawal.

New Zealand secara amnya bebas koronavirus buat berbulan-bulan lamanya sehingga penularan terbaru itu tercetus. Ia melaporkan hanya lebih 3,700 kes yang disahkan positif dan sebanyak 27 kematian sejak pandemik itu melanda.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan