Skip to main content

Iklan

Iklan

New Zealand perhebat vaksinasi COVID-19 sedang jangkitan terus menular

New Zealand menjangkakan akan memberikan 100,000 dos vaksin COVID-19  - satu paras rekod -  dalam masa sehari melalui program pemvaksinan besar-besarkan pada 16 Oktober, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern. 

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand perhebat vaksinasi COVID-19 sedang jangkitan terus menular

Seorang penduduk mendapatkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Auckland, New Zealand, pada 19 Feb 2021. (Gambar: Reuters/Kementerian Kesihatan New Zealand)

WELLINGTON: New Zealand menjangkakan akan memberikan 100,000 dos vaksin COVID-19 - satu paras rekod - dalam masa sehari melalui program pemvaksinan besar-besarkan pada 16 Oktober, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Beliau berharap untuk mempercepatkan pemvaksinan sebelum melonggarkan sekatan-sekatan di Auckland.

Cik Ardern pada Selasa (12 Okt) menggesa para penduduk berusia atas 12 tahun untuk "menyingsing lengan bagi New Zealand dan membantu menjadikan negara itu antara negara paling ramai divaksin dan lantaran itu, terlindung di dunia". Sekitar 2.44 juta atau 58 peratus penduduk berusia atas 12 tahun sudahpun lengkap divaksin setakat ini.

"Tiada apa yang akan menghalang kita melainkan orang ramai tidak menghadirkan diri," kata Cik Ardern semasa satu taklimat media di Wellington.

New Zealand, yang hidup bebas virus buat tempoh yang lama sepanjang pandemik itu sehingga penularan varian Delta tercetus pada pertengahan Ogos, mencatatkan 4,345 kes positif secara keseluruhan dan 28 kematian.

Ia melaporkan 43 kes jangkitan tempatan hari ini, dengan sebahagian besarnya di bandar terbesar, Auckland, yang meningkat dari 35 kes semalam.

Seramai 1.7 juta penduduk Auckland dikenakan perintah berkurung sejak pertengahan Ogos dalam usaha untuk membendung penularan varian Delta.

Beberapa sekatan dilonggarkan minggu lalu termasuk keluar rumah untuk berjumpa dengan orang tersayang di tempat terbuka, dengan had sehingga 10 orang. Penduduk juga dibenarkan untuk beriadah atau berkelah di pantai dan taman.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan