Skip to main content

Iklan

Iklan

New Zealand mula longgarkan sekatan sempadan COVID-19

New Zealand menyatakan pada Khamis (28 Okt) ia akan melonggarkan sekatan sempadan COVID-19, yang dilaksanakan sejak Mac 2020, dan beralih ke sistem pengasingan di rumah bagi pelawat luar negara yang lengkap divaksin mulai awal tahun depan. 

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand mula longgarkan sekatan sempadan COVID-19
Para penduduk di Wellington, New Zealand. (Gambar fail: AP)
Diterbitkan : 28 Oct 2021 12:10PM Dikemas Kini : 28 Oct 2021 12:13PM

WELLINGTON: New Zealand menyatakan pada Khamis (28 Okt) ia akan melonggarkan sekatan sempadan COVID-19, yang dilaksanakan sejak Mac 2020, dan beralih ke sistem pengasingan di rumah bagi pelawat luar negara yang lengkap divaksin mulai awal tahun depan.

Negara itu antara yang pertama untuk menutup sempadannya dalam respons terhadap pandemik itu tahun lalu. Ia mengekalkan sekatan sempadan yang ketat sekali gus menyebabkan ramai rakyat ekspatriat dan penduduk terkandas selama berbulan-bulan lamanya.

Pemerintah menyatakan pelawat asing yang lengkap divaksin hanya perlu menjalani kuarantin tujuh hari di kemudahan kuarantin negara mulai 14 November - separuh berbanding syarat sekarang.

Pengasingan di rumah juga akan diperkenalkan pada suku pertama 2022, kata Menteri Tindakan COVID-19 New Zealand Chris Hipkins di satu sidang media.

Perjalanan bebas kuarantin sehala akan dibuka kepada negara-negara Pasifik lebih kecil seperti Samoa, Tonga dan Vanuatu mulai 8 November, kata beliau.

Keadaan COVID-19 di New Zealand, bagaimanapun, jauh lebih banyak berbanding negara-negara setanding dengannya kerana sekatan ketat membantu mengehadkan jumlah kes kepada sekitar 5,900 secara keseluruhannya dengan hanya 28 kematian.

Pada minggu lalu,Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata New Zealand akan menamatkan sekatan pergerakan yang ketat apabila 90 peratus penduduk yang layak sudah lengkap divaksin.

Kadarnya sekarang, kira-kira 72 peratus manakala hampir 87 peratus sudah menerima dos pertama.
 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan