Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New Zealand longgarkan sekatan COVID-19 di Auckland, kawasan lain

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata sekatan virus korona di bandar terbesarnya Auckland akan dilonggarkan, manakala kesemua sekatan akan ditarik balik di kawasan-kawasan lain di serata New Zealand.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand longgarkan sekatan COVID-19 di Auckland, kawasan lain

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Sep 2020 12:23PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 12:24PM

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata sekatan virus korona di bandar terbesarnya Auckland akan dilonggarkan, manakala kesemua sekatan akan ditarik balik di kawasan-kawasan lain di serata New Zealand.

Auckland akan beralih ke tahap amaran dua mulai Khamis (24 Sep), kata Cik Ardern semasa satu taklimat media pada Isnin (21 Sep), yang akan menghadkan perhimpunan kepada 100 orang.

Kawasan-kawasan lain di New Zealand akan beralih ke tahap amaran satu mulai tengah malam ini, katanya.

Seminggu lalu, Cik Ardern berkata sekatan virus korona di seluruh negara itu akan ditarik balik pada 21 Sep, kecuali di Auckland yang merupakan pusat penularan gelombang jangkitan kedua.

Pelitup masih diwajibkan di semua pengangkutan awam, katanya.

Beliau juga berkata pemerintah akan segera melonggarkan semua peraturan jarak fizikal dalam pesawat, yang akan membantu syarikat penerbangan Air New Zealand selepas perlu menghadkan jumlah penumpang untuk beberapa bulan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan