Skip to main content

Iklan

Iklan

New Zealand lapor kes pertama COVID-19 dalam masyarakat selepas 2 bulan

Kementerian Kesihatan New Zealand mengesahkan pihaknya sedang menyiasat hasil ujian positif COVID-19 melibatkan seorang individu yang baru sahaja keluar dari sebuah kemudahan pengasingan di Auckland.

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand lapor kes pertama COVID-19 dalam masyarakat selepas 2 bulan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 04:50PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 04:52PM

WELLINGTON: Kementerian Kesihatan New Zealand mengesahkan pihaknya sedang menyiasat hasil ujian positif COVID-19 melibatkan seorang individu yang baru sahaja keluar dari sebuah kemudahan pengasingan di Auckland.

Kes itu melibatkan seorang wanita berusia 56 tahun, yang menjalani pengasingan di sebuah hotel di Auckland setelah beliau pulang dari Eropah.

Menteri Tindak Balas COVID-19 New Zealand Chris Hipkins berkata wanita itu sudah diuji negatif sebanyak dua kali sepanjang tempoh tersebut.

Buat masa ini, tidak diketahui sama ada wanita berkenaan dijangkiti COVID-19 semasa dalam perjalanan ke New Zealand atau ketika beliau menjalani tempoh pengasingan itu.

Varian virus yang dijangkitinya juga belum dikenal pasti.

New Zealand merupakan antara salah sebuah negara membangun yang paling berjaya mengawal pandemik COVID-19.

Ia kali terakhir melaporkan kes jangkitan dalam masyarakat pada 18 November lalu. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan