Skip to main content

Iklan

Iklan

New Zealand lapor 5 kes baru COVID-19

 New Zealand pada Khamis (20 Ogos) melaporkan lima kes yang disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding enam pada hari sebelumnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
New Zealand lapor 5 kes baru COVID-19

Arca lembu dengan pelitup yang menutupi mukanya dilihat di Bulls, New Zealand. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 20 Aug 2020 11:34AM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 11:35AM

WELLINGTON: New Zealand pada Khamis (20 Ogos) melaporkan lima kes yang disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding enam pada hari sebelumnya.

Ini sedang negara Pasifik itu memerangi penularan baru di bandarnya yang paling besar di Auckland.

Lonjakan pada jumlah jangkitan yang meningkat dengan mendadak minggu lalu di Auckland menggesa pemerintah untuk menguatkuasakan semula perintah berkurung di bandar dengan 1.7 juta penduduk itu.

New Zealand sejauh ini mencatatkan lebih 1,300 kes COVID-19 dan 22 kematian akibat virus korona baru itu. Terdapat 101 kes aktif di negara tersebut. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan