Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nakhoda China positif COVID-19 dibenar pulang dari Singapura setelah pulih; kapal kembali beroperasi

Seorang nakhoda warga China yang dijangkiti COVID-19 sudah pulih sepenuhnya dan pulang ke negara asalnya, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini (24 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Nakhoda China positif COVID-19 dibenar pulang dari Singapura setelah pulih; kapal kembali beroperasi

Imbasan suhu dilaksanakan di Lapangan Terbang Changi (Gambar: REUTERS/Yiming Woo)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 05:33PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 05:36PM

SINGAPURA: Seorang nakhoda warga China yang dijangkiti COVID-19 sudah pulih sepenuhnya dan pulang ke negara asalnya, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini (24 Feb).

Baki kakitangan kapal kargo di mana pesakit itu bertugas sudah selesai menjalani kuarantin dan tidak menunjukkan sebarang simptom, tambah MPA dalam satu kenyataan media.

Nakhoda China berusia 56 tahun itu merupakan pesakit ke-10 di Singapura yang disahkan dijangkiti virus COVID-19.

Beliau diberikan rawatan perubatan manakala kakitangan kapal yang lain dikuarantin selama 14 hari dan kapal itu dibersihkan secara menyeluruh sebagai sebahagian daripada aturan yang disediakan oleh MPA, Pejabat Kesihatan Pelabuhan Agensi Sekitaran Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan.

Pada 12 Feb, Pejabat Kesihatan Pelabuhan mengisytiharkannya bebas daripada penyakit berjangkit setelah ia memenuhi semua ketetapan kesihatan, menurut MPA.

Kapal itu meninggalkan Singapura setelah mengambil bekalan dan bahan-bahan gantian.

DIPERIKSA DI MARINA SOUTH PIER

Pesakit itu tiba di Singapura dari Wuhan pada 20 Jan. Beliau tidak menunjukkan sebarang simptom dalam penerbangannya ke Singapura tetapi mula mengalami simptom pada 21 Jan.

Beliau dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 28 Jan setelah pusat pemeriksaan kesihatan di Marina South Pier mengesannya sebagai salah satu kes yang disyaki. Keesokan harinya, lelaki itu diuji positif bagi COVID-19.

Menurut MOH, lelaki itu dibenarkan pulang dari hospital pada 9 Feb, 11 hari setelah diuji positif bagi virus berkenaan.

"Pelabuhan Singapura mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi membasmi virus COVID-19. Operasi penumpang dan kargo kekal tidak terjejas dan operasi pelabuhan dikendalikan seperti biasa," menurut MPA.

"MPA mengingatkan masyarakat perkapalan supaya terus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu. MPA akan memantau perkembangan situasi dan bekerjasama dengan agensi-agensi rakan kongsi dan industri."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan