Virus Korona

Images
  • myanmar covid virus mask
    Seorang penduduk Myanmar memakai pelitup (Gambar: AFP/Ye Aung THU)

Myanmar tambah jumlah kemudahan kuarantin di Yangon

YANGON: Pihak berkuasa Myanmar sudah menambah jumlah kemudahan kuarantin di bandar terbesar Yangon.

Ia termasuk mengubah sebuah stadium bola sepak menjadi pusat kuarantin bagi 400 orang.

Jumlah kes COVID-19 di Myanmar bertambah kira-kira 100 setiap hari.

Kenaikan kes secara mendadak bermula pada bulan lalu di wilayah Rakhine dan sudah menular ke bahagian-bahagian lain Myanmar.

Setakat ini virus korona itu sudah menjangkiti hampir 3,300 penduduk Myanmar dan meragut nyawa 32 pesakitnya.

Sejak Jumaat lalu pemerintah Myanmar sudah menguatkuasakan semula langkah-langkah ketat bagi mengekang penularannya.

Ia termasuk melarang perjalanan keluar dari Yangon dan menghentikan semua penerbangan dalam negeri. 

- Agensi berita/MU/na

Top