Skip to main content

Iklan

Iklan

Myanmar sahkan kes pertama COVID-19

 Myanmar mengesahkan kes pertama jangkitan virus korona COVID-19 pada lewat Isnin (23 Mac). Keraguan semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu apabila negara membangun itu mendakwa bahawa ia bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Myanmar sahkan kes pertama COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 10:30AM Dikemas Kini : 24 Mar 2020 10:33AM

YANGON: Myanmar mengesahkan kes pertama jangkitan virus korona COVID-19 pada lewat Isnin (23 Mac). Keraguan semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu apabila negara membangun itu mendakwa bahawa ia bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Negara dengan 54 juta penduduk itu adalah negara terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk, yang belum melaporkan sebarang jangkitan COVID-19, yang menyebabkan lebih 1.7 bilion orang terpaksa berkurung di rumah.

Dengan hanya 214 orang diuji sehingga lewat malam semalam, para pakar perubatan dan kumpulan hak asasi manusia menggesa Myanmar supaya berwaspada dan mengambil tindakan terhadap krisis COVID-19.

Kementerian Kesihatan Myanmar pada lewat Isnin (24 Mac) mengesahkan seorang lelaki rakyat Myanmar yang pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat dan seorang lelaki rakyat Myanmar yang pulang dari Britain disahkan positif virus berkenaan.

"Kami akan menyiasat semua orang yang berhubung rapat dengan kedua-dua lelaki itu," menurut kenyataan tersebut.

PEMBELIAN PANIK LEWAT MALAM

Pengumuman itu sekali gus mencetuskan pembelian panik di sebuah pasar raya 24 jam di ibu negara Yangon, di mana para penduduk menjalani kehidupan seperti biasa beberapa jam sebelum itu.

Sebelum ini, pemerintah Myanmar mendakwa bahawa gaya hidup dan pemakanan rakyatnya, termasuk kekurangan hubungan sosial dan penggunaan wang, berhasil memberikan perlindungan kepada negara tersebut.

Negara itu berkongsi sempadan sepanjang 2,100 kilometer dengan China, di mana virus itu pertama kali dikesan.

Pemantau Hak Asasi Manusia Phil Robertson minggu lalu menyifatkan sikap pemerintah Myanmar sebagai "tidak bertanggungjawab", sambil menuduh negara itu hanya setakat memberikan jaminan keselamatan yang palsu.

Sebilangan ruang awam ditutup sejak beberapa hari kebelangan ini, dari sekolah dan pawagam hingga ke pusat hiburan karaoke dan kedai urut.

Negara itu juga mengambil langkah yang tidak diduga dengan membatalkan sambutan-sambutan jalanan dan permainan air besar-besaran yang biasanya menandakan Tahun Baru Myanmar pada April.

Pada Isnin (23 Mac), beribu-ribu pekerja asing dari Myanmar pulang semula ke negara itu, membanjiri kawasan sempadan dengan Thailand sebelum laluan keluar masuk ke negara itu ditutup.

Ramai warga asing juga sudah meninggalkan negara itu, mematuhi amaran-amaran daripada pelbagai kedutaan tentang kebimbangan mereka mungkin terperangkap dalam sebuah negara yang disifatkan oleh penganalisis Richard Horsey, yang berpangkalan di Yangon, sebagai "salah sebuah negara dengan sistem kesihatan awam yang paling lemah di dunia".

Sumber : AFP/AY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan