Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murid Sekolah Rendah Palm View diuji positif COVID-19, pembelajaran di rumah dilanjutkan

Sekolah Rendah Palm View di Sengkang melanjutkan pembelajaran di rumah sehari lagi hingga Khamis (2 Apr), selepas seorang murid diuji positif untuk COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Murid Sekolah Rendah Palm View diuji positif COVID-19, pembelajaran di rumah dilanjutkan

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 02 Apr 2020 01:58PM Dikemas Kini : 02 Apr 2020 02:07PM

SINGAPURA: Sekolah Rendah Palm View di Sengkang melanjutkan pembelajaran di rumah sehari lagi hingga Khamis (2 Apr), selepas seorang murid diuji positif untuk COVID-19.

Murid Darjah 2 itu kali terakhir berada di sekolah pada Isnin dan dalam keadaan sihat, kata pengetua sekolah Ming Kum dalam surat kepada para ibu bapa pada Rabu.

Pelajar tersebut dijangkiti virus itu daripada seorang anggota keluarga dan tidak berkunjung ke luar negara semasa cuti sekolah Mac, tulis beliau.

Kakitangan dan pelajar yang mempunyai hubungan rapat dengan pelajar itu diarahkan mengambil cuti ketidakhadiran selama 14 hari mulai Rabu, menurut surat itu lagi.

Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan minggu lalu bahawa semua sekolah akan mengadakan pembelajaran di rumah sehari setiap minggu mulai April, sebagai sebahagian daripada langkah-langkah yang dipertingkat untuk membendung penyebaran COVID-19 ekoran peningkatan jumlah kes import dan setempat.

Rabu menandakan hari pertama pembelajaran di rumah untuk sekolah rendah.

Ekoran kes pertama COVID-19 yang disahkan di Sekolah Rendah Palm View, ia akan melanjutkan pembelajaran di rumah untuk semua pelajar hingga Khamis sebagai "langkah berjaga-jaga", menurut sekolah itu.

"Pada masa ini, sekolah akan melakukan pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh di premis sekolah," tulis Cik Kum, sambil menggesa semua kakitangan dan pelajar untuk meneruskan amalan kebersihan yang baik dan segera berjumpa dengan doktor jika mereka berasa tidak sihat.

"Langkah-langkah ini dilaksanakan untuk memastikan sekolah kami kekal sebagai sekitaran yang selamat untuk pengajaran dan pembelajaran."

Kelas-kelas akan disambung semula di Sekolah Rendah Palm View pada Jumaat.

"Sementara itu, kami faham anak anda mungkin terjejas kerana sesetengah guru dan rakan sebaya mereka diletakkan di bawah LOA," tulis Cik Kum.

"Kami mengharapkan sokongan anda untuk berbual dengan anak anda dan membincangkan cara-cara untuk mengambil berat dan memberi galakan kepada rakan sebaya mereka yang terjejas."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan