Skip to main content

Iklan

Iklan

Mulai esok setiap keluarga akan dapat 6 kit ujian kendiri COVID-19 menerusi pos

Setiap keluarga akan menerima satu bungkusan yang mengandungi enam kit ujian pantas antigen (ART) kendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Aug 2021 05:36PM Dikemas Kini : 27 Aug 2021 10:53PM

SINGAPURA: Setiap keluarga akan menerima satu bungkusan yang mengandungi enam kit ujian pantas antigen (ART) kendiri.

Ia akan diagihkan mulai esok (28 Ogos) hingga 27 September menerusi SingPost, sebagai sebahagian daripada strategi Singapura untuk mempergiat usaha menjalankan ujian COVID-19.

"Sedang Singapura beralih secara bertahap-tahap ke arah sebuah negara berdaya bingkas dalam menentang COVID-19, masyarakat akan memainkan lebih banyak peranan penting dalam menangani pandemik itu," menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media.

"Satu teras utama adalah untuk mengamalkan tanggungjawab sosial dengan menjalankan ujian kendiri dan memantau status kesihatan masing-masing."

Selain pengagihan itu di merata negara, kit-kit ART juga akan diagihkan kepada semua pelajar dan kakitangan prasekolah, Tadika Kementerian Pendidikan (MOE), pusat intervensi awal, sekolah rendah dan sekolah pendidikan khas termasuk bahagian sekolah rendahnya.

Setiap pelajar dan kakitangan akan mendapat tiga kit ART.

"Sedang kita menjadi sebuah negara dengan kadar vaksinasi yang amat tinggi, Kita perlu mengalihkan tumpuan kepada ujian dan pemantauan, termasuk menjalankan ujian kendiri sebagai wadah berkesan untuk mengawal pandemik secara proaktif," menurut MOH.

"Khususnya, ujian kendiri menggunakan kit ART adalah langkah mudah dan cepat untuk memberi ketenangan kepada mana-mana individu yang bimbang tentang jangkitan tidak bergejala selepas menyedari tentang kemungkinan adanya kontak dengan kes positif.

"Ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab peribadi dan sivik bagi memastikan masyarakat yang lebih selamat untuk semua," tambah kementerian itu.

Senarai kit ART dan arahan tentang bagaimana untuk menggunakannya boleh diperolehi di laman MOH.

"Jika anda memerlukan lebih banyak kit kendiri ujian ART daripada jumlah yang diberikan, ia boleh diperolehi di banyak tempat dan mudah dibeli daripada pelbagai farmasi, kedai runcit serta platform e-dagang," menurut MOH. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan