Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin Yassin disahkan negatif COVID-19

Keputusan ujian saringan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, pada Rabu lalu (14 Okt) disahkan negatif, sekali gus mengesahkan beliau bebas COVID-19.  

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin Yassin disahkan negatif COVID-19

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 04:23PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 04:24PM

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian saringan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, pada Rabu lalu (14 Okt) disahkan negatif, sekali gus mengesahkan beliau bebas COVID-19.  

Muhyiddin dalam catatan terbaru di akaun Facebooknya berkata tempoh kuarantin kendiri beliau juga tamat semalam. 

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

"KKM telah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri pada 14 Okt dan telah disahkan negatif pada 15 Okt. Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa kedua-dua ujian pengesanan COVID-19 bagi Perdana Menteri sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh kuarantin kendiri beliau tamat pada 16 Okt," demikian menurut catatan itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin terus komited untuk mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang diadakan secara sidang video pagi tadi (17 Okt).

"Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa COVID-19 di dalam negara.

"Mesyuarat khas MKN ini berlangsung setiap hari bermula 7 Okt lepas," kata Muhyiddin menerusi catatan tersebut.

Perdana Menteri itu sebelum ini dinasihatkan supaya menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas MKN pada 3 Okt lalu, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan