Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Muhyiddin arah kawalan, tindakan kesihatan awam dipertingkat di Sabah

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya kawalan serta keupayaan tindakan kesihatan awam di Sabah dipertingkat bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan segera.

Anggaran Waktu Membaca:
Muhyiddin arah kawalan, tindakan kesihatan awam dipertingkat di Sabah

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 09:16AM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 09:17AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya kawalan serta keupayaan tindakan kesihatan awam di Sabah dipertingkat bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan segera.

Perkara berkenaan dinyatakan beliau ketika mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan mengikut norma baru menerusi sidang video dari Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan yang dipaparkan di Facebook Encik Muhyiddin, mesyuarat MKN pada Selasa (27 Okt) membincangkan tindakan seterusnya bagi mengawal dan menguruskan pandemik COVID-19.

“Perdana Menteri turut mengingatkan ahli mesyuarat dan agensi supaya memberi komitmen penuh di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi memastikan penduduk terlibat mendapat bantuan barang keperluan yang mencukupi,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan