Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti jawab keprihatinan terlepas solat Jumaat 3 kali dek penutupan masjid, sakit bila masjid dibuka semula

Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir menjelaskan keprihatinan anggota masyarakat Muslim yang kemungkinan terlepas solat Jumaat kali ketiga seandainya mereka tidak dibenarkan masuk masjid disebabkan demam atau sebagainya, setelah masjid dibuka semula nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Mar 2020 08:41PM Dikemas Kini : 16 Mar 2020 11:42PM

SINGAPURA: Menyusuli pengumuman MUIS hari ini (16 Mac) bahawa masjid-masjid di Singapura akan terus ditutup hingga 26 Mac depan, Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir menjelaskan keprihatinan anggota masyarakat Muslim yang kemungkinan terlepas solat Jumaat kali ketiga seandainya mereka tidak dibenarkan masuk masjid disebabkan demam atau sebagainya, setelah masjid dibuka semula nanti.

"Ada kekhuatiran sekiranya mereka tidak solat Jumaat sekiranya sebanyak tiga kali merupakan sesuatu perkara dan dosa yang sangat besar dalam Islam.

"Itu merupakan hadith Nabi Muhammad saw yang berkaitan dengan meninggalkan solat Jumaat tanpa sebab dan tanpa keuzuran.

"Sedangkan kita berada di keadaan yang kritikal dan memerlukan kita untuk meniadakan solat Jumaat, maka tidak termasuk dalam hadith yang melarang seorang untuk meninggalkan solat tanpa sebabnya," kata Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Mufti Dr Nazirudin juga menarik perhatian betapa banyak negara Islam, fatwa dan ulama di dunia selari tentang langkah menggugurkan keperluan solat berjemaah dan penutupan masjid di tengah-tengah COVID-19 sekarang ini.

"Kita dapat lihat negara-negara di Timur Tengah yang telah terjejas dengan penularan virus ini juga telah mengeluarkan fatwa mereka termasuk negara jiran di Malaysia yang mengeluarkan fatwa untuk membolehkan penutupan masjid.

"Kita lihat bahawa perbezaannya adalah walaupun mereka sudah mengeluarkan fatwa tetapi tidak mungkin berlaku penularan di dalam masjid mereka sendiri. Itu merupakan langkah-langkah pencegahan awal yang mereka ambil.

"Namun di Singapura, kita tahu faktanya memang ada jemaah yang telah mendapat jangkitan tersebut. Maka lebih utama lagi untuk kita mengambil langkah yang tegas untuk memastikan virus ini tidak menular di Singapura," ujar beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan