Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOM tarik balik 4 pas kerja, gantung keistimewaan 6 majikan kerana langgar LOA

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membatalkan pas kerja empat orang dan menggantung keistimewaan pas kerja enam majikan kerana melanggar syarat cuti wajib (LOA) yang dilaksanakan untuk membendung penularan virus korona baru (2019-nCoV).

Anggaran Waktu Membaca:
MOM tarik balik 4 pas kerja, gantung keistimewaan 6 majikan kerana langgar LOA

Bangunan Kementerian Tenaga Manusia. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 09 Feb 2020 10:56PM Dikemas Kini : 09 Feb 2020 11:04PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membatalkan pas kerja empat orang dan menggantung keistimewaan pas kerja enam majikan kerana melanggar syarat cuti wajib (LOA) yang dilaksanakan untuk membendung penularan virus korona baru (2019-nCoV).

Semua pemegang pas kerja dengan rekod perjalanan baru-baru ini ke tanah besar China dikehendaki mengambil LOA wajib selama 14 hari bermula ketibaan mereka di Singapura, sebagai sebahagian usaha Pemerintah menangani keadaan virus korona yang berubah-ubah.

Antara 4 Feb hingga 8 Feb, empat pemegang pas kerja ditangkap bekerja di tempat kerja semasa tempoh LOA mereka, dedah kementerian itu dalam satu kenyataan media pada Ahad (9 Feb).

"Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pemegang pas kerja yang dikenakan LOA wajib mematuhi arahan, MOM melakukan pemeriksaan rambang secara kerap melalui pemeriksaan, panggilan telefon atau video," menurut kenyataan itu.

Empat pas kerja ditarik balik dan pekerja terbabit dihantar pulang dalam tempoh 24 jam, tambah kementerian itu.

"Pekerja-pekerja ini juga diharamkan selamanya daripada bekerja di Singapura," katanya.

Kementerian itu juga mendapati dua penduduk tetap bekerja di tempat kerja mereka semasa LOA mereka.

"Walaupun rakyat dan PR tidak dikenakan keperluan LOA wajib, MOM akan tetap mempertanggungjawabkan majikan untuk memastikan mereka yang perlu mengambil cuti LOA tidak berada di tempat kerja," katanya.

MOM menggantung selama dua tahun keistimewaan pas kerja enam majikan yang melanggar arahan itu.

Para majikan dan pekerja mempunyai "tanggungjawab bersama" untuk memastikan pekerja berkelakuan secara bertanggungjawab semasa tempoh cuti LOA mereka, tegas kementerian itu.

"MOM tidak teragak-agak untuk membatalkan pas kerja dan menarik balik keistimewaan pas kerja terhadap majikan atau pekerja yang bersalah," tambahnya.

Majikan mesti mendapatkan kelulusan MOM bagi semua pemegang pas kerja dengan sejarah perjalanan ke tanah besar China dalam tempoh 14 hari yang lalu, sebelum pekerja itu dapat memasuki Singapura.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan