Skip to main content

Iklan

Iklan

MOM gesa pengendali asrama pekerja asing ambil langkah tambahan bendung COVID-19

Para pengendali asrama pekerja asing dikehendaki melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sejak Rabu (1 Apr), menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Anggaran Waktu Membaca:
MOM gesa pengendali asrama pekerja asing ambil langkah tambahan bendung COVID-19

Gambar fail asrama Toh Guan. (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 02 Apr 2020 10:29PM Dikemas Kini : 02 Apr 2020 10:35PM

SINGAPURA: Para pengendali asrama pekerja asing dikehendaki melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sejak Rabu (1 Apr), menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Langkah-langkah tersebut termasuk melarang pergaulan antara pekerja daripada asrama yang berlainan dan para pekerja dinasihatkan supaya duduk di bilik masing-masing dan mengurangkan pergaulan fizikal, menurut MOM dalam kiriman emel kepada para pengendali yang dilihat oleh Mediacorp.

Ini selepas langkah jarak selamat yang lebih tegas diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada 24 Mac dan MOM sedang mengemas kini maklumannya mengenai langkah jarak selamat di tempat kerja, menurut kementerian tersebut.

Sekiranya para pekerja keluar daripada bilik masing-masing, pengendali asrama harus melaksanakan jarak selamat seperti memastikan para pekerja mengekalkan jarak 1 meter di kawasan-kawasan dalam premis asrama serta menandakan dengan jelas tempat beratur di pintu keluar masuk asrama, juga dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter, menurut MOM.

Di tempat makan pula, tempat duduk mesti diasingkan sekurang-kurangnya 1 meter dan ditandakan dengan jelas, dan para pekerja dinasihati supaya jangan berkongsi makanan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan