Skip to main content

Iklan

Iklan

MOH akan muat naik peta kawasan yang sering dikunjungi kes COVID-19 mulai 1 Okt

Peta yang menunjukkan kawasan-kawasan yang sering dikunjungi oleh banyak kes COVID-19 akan dimuat naik ke laman Kementerian Kesihatan (MOH) mulai 1 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH akan muat naik peta kawasan yang sering dikunjungi kes COVID-19 mulai 1 Okt

Gambar: Nuria Ling/TODAYonline

Diterbitkan : 24 Sep 2021 09:24PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 09:31PM

SINGAPURA: Peta yang menunjukkan kawasan-kawasan yang sering dikunjungi oleh banyak kes COVID-19 akan dimuat naik ke laman Kementerian Kesihatan (MOH) mulai 1 Oktober.

Demikian menurut MOH dalam satu kenyataan media hari ini (24 Sep).

MOH menyatakan bahawa peta itu diharapkan dapat "memberi panduan kepada para individu untuk merancang pergerakan dan aktiviti mereka".

"Individu-individu yang pernah mengunjungi kawasan-kawasan itu dalam tempoh yang sama dengan kes positif COVID-19 amat digalakkan untuk memantau kesihatan mereka, sering lakukan ujian pantas antigen sepanjang 10 hari selepas tarikh mereka mungkin terdedah kepada jangkitan dan kurangkan interaksi yang tidak perlu dengan orang lain," menurut MOH.

Sistem pengesanan kontak SafeEntry dan TraceTogether akan terus digunakan untuk memaklumkan kepada individu menerusi amaran risiko kesihatan (HRW) mengenai kontak rapat yang baru-baru ini terdedah kepada orang yang sudah dijangkiti atau kemungkinan mereka terdedah kepada satu kawasan di mana terdapat penularan meluas,

Dalam laporan hariannya mengenai situasi COVID-19, MOH mendedahkan butiran setiap kes baru yang dikesan dalam kalangan masyarakat serta tempat-tempat yang mereka kunjungi.

MOH berhenti melalukan demikian pada hujung bulan Jun dan sebaliknya menumpukan perhatian laporannya dalam memberikan kemas kini mengenai program vaksinasi di seluruh negara serta memberi perincian jumlah orang yang mengalami sakit teruk.

MOH menyatakan, pada waktu itu, keputusan untuk tidak melaporkan maklumat tersebut dibuat oleh pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani pandemik COVID-19.

Pihak berkuasa menambah bahawa ia sebahagian daripada "tumpuan utama dalam usaha membendung penularan virus, memvaksin penduduk kita dan memulakan proses peralihan ke norma baru".

Menurut MOH dalam kenyataannya hari ini, terdapat banyak persoalan atas beberapa ujian yang dijalankan bagi perintah kuarantin (QO), amaran risiko kesihatan dan kewaspadaan risiko kesihatan (HRA). Oleh itu ia akan mengeluarkan maklumat melalui kenyataan nasihat awam di akhbar.

BEBERAPA PUSAT PEMERIKSAAN AKAN DIBUKA PADA HUJUNG MINGGU

Untuk memudahkan ujian segera pada hujung minggu, MOH menyatakan bahawa mulai Sabtu (25 Sep), lapan pusat pemeriksaan daerah dan tiga Pusat Ujian Pantas juga akan dibuka pada hujung minggu.

Pusat-pusat tersebut akan memenuhi keperluan individu yang mengalami gejala jangkitan pernafasan akut yang ingin mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) percuma.

Sekalipun demikian, mereka yang ingin mengunjungi pusat-pusat itu harus membuat janji temu terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan.

Tempahan bagi janji temu dibuka dari pukul 6:00 petang pada Jumaat hingga pukul 3:00 petang pada Ahad bagi ujian yang akan dijalankan pada hujung minggu itu.

Butiran lanjut boleh diperolehi di pautan ini www.go.gov.sg/ari-weekend-testing. 

LAPORAN BERKAITAN:

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan