Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Moderna sahkan perjanjian dengan MOH untuk bekalkan vaksin COVID-19 kepada S'pura

Moderna pada Selasa (15 Dis) menyatakan bahawa ia sudah memuktamadkan perjanjian dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membekalkan Singapura dengan mRNA-1273, iaitu sejenis vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Moderna sahkan perjanjian dengan MOH untuk bekalkan vaksin COVID-19 kepada S'pura

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 15 Dec 2020 03:09PM Dikemas Kini : 15 Dec 2020 03:10PM

SINGAPURA: Moderna pada Selasa (15 Dis) menyatakan bahawa ia sudah memuktamadkan perjanjian dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membekalkan Singapura dengan mRNA-1273, iaitu sejenis vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Perjanjian itu akan "menyokong usaha berterusan Singapura untuk mendapatkan akses kepada bekalan vaksin COVID-19 yang selamat dan berkesan untuk seluruh penduduk Singapura", menurut syarikat bioteknologi itu.

Jumlah dos dan butiran kewangan mengenai perjanjian itu tidak didedahkan.

"Kami akur bahawa untuk menangani pandemik global ini, ia memerlukan sejumlah vaksin dan pilihan terapi, dan kami berbangga dengan peranan yang dapat dimainkan oleh Moderna dalam usaha global ini," kata CEO Moderna Stephane Bancel.

Data daripada satu kajian Fasa 3 melibatkan 30,000 peserta dari Amerika Syarikat menunjukkan tahap keberkesanan setinggi 94.1 peratus vaksin itu dalam melawan COVID-19 dan kadar kejayaan 100 peratus dalam mencegah kes-kes lebih serius, menurut syarikat itu.

Moderna sebelum ini menegaskan bahawa tiada keprihatinan keselamatan yang serius timbul daripada penggunaan vaksin mRNA-1273. Kesan sampingan paling biasa dialami adalah keletihan, rasa sengal dan kemerahan pada bahagian vaksin disuntik, pening kepala dan sakit badan, yang meningkat selepas dos kedua tetapi tidak bertahan lama, tegas syarikat itu.

Syarikat berkenaan juga dapat membekalkan 500 juta hingga 1 bilion dos vaksin setahun dari 2021.

Vaksin itu kekal stabil sehingga 12 jam pada suhu bilik dan sehingga 30 hari pada suhu 2 hingga 8 darjah Selsius, iaitu suhu peti sejuk biasa. Pada suhu -20 darjah Selsius, vaksin itu kekal stabil sehingga enam bulan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan