Koronavirus

Images
  • egypt vaccine
    (Gambar: Agensi berita)

Mesir mulakan kempen vaksinasi COVID-19

KAHERAH: Mesir memulakan kempen suntikan vaksin COVID-19 pada Ahad (24 Jan).

Para pekerja jagaan kesihatan di bandar Ismailia di tebing Terusan Suez menjadi kumpulan pertama menerima suntikan vaksin keluaran syarikat Sinopharm dari China.

Menteri Kesihatan Hala Zayed berkata kumpulan berikutnya adalah warga tua dan para penghidap penyakit-penyakit kronik.

Vaksin COVID-19 keluaran Sinopharm boleh disimpan dalam ruang mempunyai suhu antara 2 hingga 8 darjah Selsius.

Selain vaksin itu, Mesir juga mengikat kontrak untuk membeli 20 juta dos vaksin syarikat Pfizer/BioNTech dan 30 juta dos dari syarikat AstraZeneca.

Sejauh ini, Mesir mengesahkan lebih 161,000 kes COVID-19 dan hampir 9,000 kematian pesakitnya.

- Agensi berita/MU/ha

Top