Skip to main content

Iklan

Iklan

Mesir laksana perintah berkurung lebih lama semasa sambutan Aidilfitri

Dalam usaha mengekang penularan COVID-19, Mesir akan mempercepat permulaan perintah berkurung dari 8.00 malam kepada 5.00 petang serta menggantung semua khidmat pengangkutan awam selama enam hari mulai Ahad ini (24 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Mesir laksana perintah berkurung lebih lama semasa sambutan Aidilfitri

Jumlah kes baru COVID-19 dilaporkan bertambah sejak pemerintah Mesir melonggarkan sekatan perintah berkurung sebelah malam. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 18 May 2020 06:02PM Dikemas Kini : 18 May 2020 06:06PM

KAHERAH: Dalam usaha mengekang penularan COVID-19, Mesir akan mempercepat permulaan perintah berkurung dari 8.00 malam kepada 5.00 petang serta menggantung semua khidmat pengangkutan awam selama enam hari mulai Ahad ini (24 Mei).

Menurut Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly, perintah berkurung itu akan kembali kepada 8.00 malam hingga 6.00 pagi setiap hari selepas sambutan Aidilfitri kelak.

Perintah berkurung lebih lama itu akan dikuatkuasakan di Mesir selama sekurang-kurangnya dua minggu, bermula pada bulan Syawal.

Semua kedai, restoran, taman dan pantai juga akan ditutup pada akhir bulan Ramadan kelak.

Sejauh ini, Mesir mencatatkan lebih 11,700 kes COVID-19 dengan sejumlah 612 kematian.

Namun, jumlah kes baru COVID-19 dilaporkan bertambah sejak pemerintah Mesir melonggarkan sekatan perintah berkurung sebelah malam.

Perdana Menteri Mesir bagaimanapun membayangkan pembukaan semula restoran dan kelab sukan mungkin dipertimbangkan pada pertengahan Jun nanti. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan