Skip to main content

Iklan

Iklan

Mereka yang disuntik vaksin COVID-19 Sinovac akan terima AstraZeneca sebagai dos kedua: Kementerian Kesihatan Thailand

Thailand akan menggunakan kaedah campuran dua vaksin COVID-19, Sinovac dan AstraZeneca, dengan tujuan meningkatkan perlindungan terhadap virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Mereka yang disuntik vaksin COVID-19 Sinovac akan terima AstraZeneca sebagai dos kedua: Kementerian Kesihatan Thailand

Pekerja perubatan menyediakan picagari mengandungi dos vaksin Sinovac di Pusat Vaksinasi Tengahd di Bangkok, Thailand, pada 24 Mei 2021. (Gambar fail: Athit Perawongmetha/REUTERS)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 09:27PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 09:32PM

BANGKOK: Thailand akan menggunakan kaedah campuran dua vaksin COVID-19, Sinovac dan AstraZeneca, dengan tujuan meningkatkan perlindungan terhadap virus tersebut.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata vaksin AstraZeneca akan digunakan sebagai dos kedua kepada mereka yang sudahpun menerima suntikan pertama vaksin Sinovac.

Beliau berkata suntikan kedua akan diberikan selang masa antara tiga hingga empat minggu selepas suntikan pertama.

"Mencampurkan dua jenis vaksin akan memberikan perlindungan lebih baik terhadap virus varian Delta (yang pertama kali dikesan di India)," katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Selain itu, Encik Anutin berkata Jawatankuasa Penyakit Berjangkit membenarkan petugas kesihatan yang sudah lengkap divaksin dengan Sinovac untuk menerima suntikan tambahan ketiga, sama ada menggunakan AstraZeneca atau vaksin mRNA seperti Pfizer-BioNTech.

Keputusan itu dibuat selepas ratusan petugas perubatan yang lengkap divaksin dijangkiti COVID-19.

Sebahagian besar kakitangan perubatan dan petugas barisan hadapan di Thailand menerima suntikan Sinovac sejak 28 Februari.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Keadaan COVID-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, mengatakan setakat ini, sejumlah 677,348 kakitangan kesihatan sudahpun divaksin dan 618 atau sekitar 0.09 peratus dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata seorang jururawat meninggal dunia manakala seorang lagi dalam keadaan kritikal.

"Disebabkan pendedahan berterusan kepada pesakit COVID-19 serta mempunyai sejarah penyakit, ia mungkin menyumbang kepada "kegagalan vaksin”,” kata beliau semasa taklimat harian COVID-19.

KES BARU COVID-19

Sementara itu, Thailand mencatatkan 8,656 kes baru COVID-19 dan 80 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, membawa jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 345,027 dan korban seramai 2,791.

Beliau berkata daripada kes baru itu, 8,632 adalah jangkitan tempatan, 2,515 daripadanya dikesan melalui pengesanan kes aktif dan 24 merupakan kes import.

Bangkok, pusat pandemik terbaru, mencatat 2,399 kes baru dan 44 kematian.

Bermula hari ini (12 Jul), Thailand mengenakan langkah pencegahan lebih ketat termasuk perintah berkurung dari 9.00 malam hingga 4.00 pagi, menutup pusat beli-belah serta berkumpul tidak melebihi lima orang di Bangkok dan sembilan wilayah lain.

Pengarah Bahagian Berita dari Jabatan Penerangan Kementerian Luar, Pensom Lertsithichai, berkata berdasarkan penilaian Kementerian Kesihatan Awam, hasil daripada langkah sekatan yang dikenakan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh sebulan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan