Menteri Pertanian Zimbabwe meninggal dunia akibat COVID-19
Menteri Pertanian Zimbabwe Perrance Shiri meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, sekali gus menjadi penyandang jawatan kanan politik pemerintah yang pertama yang tewas kepada pandemik ini.
HARARE: Menteri Pertanian Zimbabwe Perrance Shiri meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, sekali gus menjadi penyandang jawatan kanan politik pemerintah yang pertama yang tewas kepada pandemik ini.
Demikian diumumkan oleh Presiden Emmerson Mnangagwa pada Khamis (30 Jul).
Shiri, pesara berpangkat jeneral yang memainkan peranan dalam rancangan rampasan kuasa yang menyingkirkan Robert Mugabe pada 2017, meninggal pada Rabu (29 Jul).
Mendiang veteran pembebasan perang itu dinobatkan sebagai pahlawan nasional dan akan disemadikan secara tertutup hari ini (31 Jul).
"Kini disahkan bahawa Menteri Shiri meninggal dunia akibat COVID-19, kami akan mengikuti peraturan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung proses persemadian," kata Encik Mnangagwa di upacara persemadian di kediaman mendiang Shiri di Harare.
Sejauh ini Zimbabwe sudah melaporkan 2,879 kes jangkitan COVID-19, dengan 40 kematian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.