Skip to main content

Iklan

Iklan

Menteri MOM gugur syarat derma S$1,000 terhadap Donald Liew

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo bersetuju untuk menggugurkan syarat derma S$1,000 terhadap lelaki yang menuduh beliau dan suaminya menerima rasuah melalui satu catatan Facebook, menurut peguam lelaki berkenaan pada Jumaat (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri MOM gugur syarat derma S$1,000 terhadap Donald Liew

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 22 May 2020 10:08PM Dikemas Kini : 22 May 2020 10:10PM

SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo bersetuju untuk menggugurkan syarat derma S$1,000 terhadap lelaki yang menuduh beliau dan suaminya menerima rasuah melalui satu catatan Facebook, menurut peguam lelaki berkenaan pada Jumaat (22 Mei).

Eugene Thuraisingam LLP, firma guaman yang mewakili Encik Donald Liew, berkata dalam satu kenyataan media bahawa anak guamnya tidak dapat membuat sumbangan derma itu disebabkan oleh "keadaan peribadinya".

"Dia meminta menteri itu supaya menggugurkan syarat tersebut. Menteri itu sudah menimbangkan keadaannya dan bersetuju dengan permintaan tersebut dan anak guam saya amat menghargainya," menurut firma guaman itu.

Cik Teo juga sudah menawarkan bantuan kepada Encik Liew, tambah firma itu.

Perkembangan terkini itu diumumkan selepas Encik Liew pada Rabu benar-benar meminta maaf kepada Cik Teo dan mengaku bahawa dakwaan yang dibuatnya melalui catatan Facebook pada 14 Mei lalu adalah "palsu dan tidak berasas".

Dalam catatan itu, Encik Liew mendakwa "Cik Teo dan keluarganya telah meraih manfaat dari segi kewangan untuk dirinya dan juga keluarganya, disebabkan oleh salah pengurusan jangkitan COVID-19 di dormitori dan pembinaan kemudahan jagaan masyarakat (CCF) oleh Surbana Jurong".

Suami Cik Teo ialah Encik Teo Eng Cheong, yang merupakan Ketua Eksekutif (Antarabangsa) Surbana Jurong, yang membangunkan kemudahan di Singapore Expo dan Pusat Pameran Changi.

Menteri Tenaga Manusia itu berkata pada Rabu bahawa dakwaan itu "tidak benar, berniat jahat dan tidak berasas langsung". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan