Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Dalam Negeri M'sia Hamzah Zainudin anggota ketiga Kabinet positif COVID-19

Menteri Dalam Negeri Malaysia Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan COVID-19 semalam (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Dalam Negeri M'sia Hamzah Zainudin anggota ketiga Kabinet positif COVID-19

Ketua Pembangkang Malaysia, Hamzah Zainudin. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 02:05PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 02:07PM

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Malaysia Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan COVID-19 semalam (11 Jan).

Menurut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri hari ini, perkara berkenaan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) awal pagi tadi (12 Jan).

Menurut kenyataan itu, Hamzah akan menjalani tempoh rawatan dan kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak KKM.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin itu, Hamzah akan terus memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

“Sehubungan itu, semua kontak rapat Hamzah bermula pada 8 Jan sehingga 11 Jan lalu dimohon untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19 mengikut saranan pihak KKM,” menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, Hamzah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhannya dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan tersebut.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan