Skip to main content

Iklan

Iklan

Melaka catat 886 kes cuba rentas negeri jelang Raya, dedah Ismail Sabri

Melaka mencatatkan percubaan untuk merentas negeri yang tertinggi dengan 886 kes, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Encik Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
Melaka catat 886 kes cuba rentas negeri jelang Raya, dedah Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Malaysia, Ismail Sabri Yaakob. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 22 May 2020 06:37PM Dikemas Kini : 22 May 2020 06:38PM

PUTRAJAYA: Melaka mencatatkan percubaan untuk merentas negeri yang tertinggi dengan 886 kes, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Encik Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Perak kedua tertinggi dengan 362 kes, manakala Pulau Pinang (284).

“Setiap hari saya ulangi jangan buat rentas negeri dan semalam mungkin bila saya umum tiada lagi kebenaran rentas negeri, mungkin ramai yang ingin mengambil kesempatan rentas negeri.

“Mungkin mereka takut hari ini ada sekatan jalan raya dan sebagainya, dan sebab itu ramai yang cuba merentas negeri,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini (22 Mei).

Encik Ismail Sabri berkata, sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung, sudah diarahkan berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, mengenai rentas daerah bagi tujuan mengunjungi sanak saudara sempena Aidilfitri, Encik Ismail Sabri berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan membenarkan pergerakan itu, namun orang ramai tidak digalakkan melakukannya bagi menjaga keselamatan serta kesihatan bersama.

Beliau menjelaskan saranan tidak menggalakkan pergerakan rentas daerah pada hari raya seperti diambil oleh negeri Johor, adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Tidak digalakkan bukan menyekat. Kalau kita dengar, setiap hari Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, walaupun dibenarkan rentas daerah tetapi masyarakat tidak digalakkan bagi keselamatan bersama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, larangan pergerakan rentas negeri yang diumumkan kerajaan semalam juga terpakai untuk suami isteri yang tinggal berjauhan, yang sebelum ini diberikan kebenaran rentas negeri seminggu sekali.

“Tiada lagi. Sesiapa sahaja tertakluk kepada peraturan yang saya umumkan semalam,” katanya.

Sebelum ini suami isteri yang tinggal berjauhan atas sebab kerja dibenarkan untuk merentas negeri seminggu sekali. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan