Skip to main content

Iklan

Iklan

Masa purata keluarkan arahan kuarantin naik dari 1.5 hari ke 2 hari di tengah lonjakan kes COVID-19

Secara purata tempoh masa yang diambil  ketika seseorang terdedah kepada pesakit dijangkiti COVID-19 hingga individu itu menjalani arahan kuarantin meningkat dari satu setengah hari kepada dua hari. Ini disebabkan bilangan kes lebih tinggi sejak  kebelakangan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Masa purata keluarkan arahan kuarantin naik dari 1.5 hari ke 2 hari di tengah lonjakan kes COVID-19

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 02 Aug 2021 11:23PM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 11:25PM

SINGAPURA: Secara purata tempoh masa yang diambil ketika seseorang terdedah kepada pesakit dijangkiti COVID-19 hingga individu itu menjalani arahan kuarantin meningkat dari satu setengah hari kepada dua hari. Ini disebabkan bilangan kes lebih tinggi sejak kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mendedahkan demikian dalam jawapan bertulisnya kepada satu soalan parlimen oleh Anggota Parti Pekerja (AP WP) Louis Chua pada Isnin (2 Ogos).

Encik Chua, yang juga AP bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sengkang, bertanya apakah masa purata dan jarak masa paling lama dari hari seseorang terdedah kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19 hingga ke hari beliau menjalani arahan kuarantin.

Encik Chua juga ingin tahu bagaimana adakah masa purata untuk mengasingkan kontak kes COVID-19 berubah sejak awal tahun ini.

Dalam jawapannya, Encik Ong berkata setakat Julai, masa purata untuk mengeluarkan arahan kuaratin kepada kontak rapat seorang pesakit COVID-19 adalah dua hari manakala jarak masa paling lama adalah 14 hari.

“Ini berlaku bagi segelintir individu yang mana ia amat sukar untuk menjejaki kontak indvidu yang terkena jangkitan itu," jelas beliau.

Masa purata pada Januari tahun ini adalah lebih pendek yakni satu setengah hari kerana tatkala itu, jumlah kes harian COVID-19 yang dilaporkan Singapura adalah lebih rendah, ujar Encik Ong.

"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada golongan lelaki dan wanita yang bekerja 24 jam tanpa henti untuk menjejaki kontak dan operasi kuarantin kerana mereka adalah pendaya penting strategi COVID-19 kita. Kami menggesa anggota awam agar bekerjasama dengan permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat supaya kita semua boleh dilindungi dengan lebih baik," tambah beliau.

Mediacorp sudahpun menghubungi Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menanyakan sama ada jarak masa 14 hari itu dicatatkan sejak pandemik bermula. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan