Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Menteri Kesihatan M'sia, Dzulkefly Ahmad ketuai pasukan khas COVID-19 Selangor

Kerajaan Selangor menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri itu, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Menteri Kesihatan M'sia, Dzulkefly Ahmad ketuai pasukan khas COVID-19 Selangor

Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Mar 2020 08:45AM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 08:47AM

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat berhubung jangkitan COVID-19 di negeri itu, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata pasukan khas itu diketuai bekas Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, dan dibantu empat individu profesional yang pernah bekerjasama dengannya di kementerian berkenaan sebelum ini selain wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Encik Amirudin berkata objektif penubuhan pasukan khas itu adalah untuk membantu JKNS supaya mereka dapat memberi lebih tumpuan kepada rawatan pesakit COVID-19 di hospital terlibat.

“Pasukan khas atau ‘task force’ ini diwujudkan dalam satu mesyuarat khas pagi tadi bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dibendung memandangkan 60 peratus daripada 117 kes yang direkodkan sehingga semalam menetap di Selangor.

“Kita akan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) bagi membantu menjejak kontak individu yang dijangkiti virus COVID-19 dan maklumat ini akan dikongsikan dengan pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau di satu sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengarusperdanaan Gender Negeri Selangor pada Selasa (10 Mac).

Encik Amirudin menambah pasukan khas itu juga akan membentangkan pelan tindakan yang bakal dilaksanakannya kepada kerajaan negeri pada Khamis, meliputi penyebaran maklumat mengenai COVID-19 kepada orang ramai.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan penganjur program melibatkan perhimpunan orang ramai di Selangor supaya menyediakan cecair pembasmi kuman, pelitup serta taklimat mengenai jangkitan COVID-19.

“Kita tidak mahu mencetuskan kegusaran awam dengan mengeluarkan arahan pembatalan semua acara melibatkan penyertaan awam tetapi kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan bagi memastikan keselamatan orang ramai di majlis sedemikian,” katanya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan