Virus Korona

Images
  • msia kl
    (Gambar: Bernama)

Malaysia lapor 629 kes baru COVID-19, lagi 6 kematian

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baru COVID-19 di Malaysia kekal tiga angka untuk 16 hari berturut-turut dengan 629 kes hari ini, selain turut merekodkan enam lagi kematian baru dan 245 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan perkembangan baru itu, menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini sebanyak 18,758 kes, manakala jumlah kematian akibat wabak itu adalah 176 individu dan 12,259 kes pulih sepenuhnya.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (16 Okt).

Sabah terus mencatatkan jumlah kes baru tertinggi iaitu 489 kes, susulan lebih banyak keputusan makmal diperoleh.

Beliau berkata makmal di Sabah telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera.

- BERNAMA/SU/ha

Top