Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia catat lebih 1,100 kes baru COVID-19, lagi 4 kematian

Malaysia mencatatkan 1,139 kes baru COVID-19 hari ini (7 Apr) dengan empat kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia catat lebih 1,100 kes baru COVID-19, lagi 4 kematian

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 09:47PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 09:53PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 1,139 kes baru COVID-19 hari ini (7 Apr) dengan empat kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, 1,126 membabitkan penularan tempatan manakala 13 lagi adalah kes import. 

Beliau juga berkata kes sembuh pula sebanyak 1,199 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 339,067.

Pada masa ini, terdapat 194 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 86 memerlukan bantuan pernafasan, katanya. 

Dr Noor Hisham berkata tiga negeri mencatatkan kes baru tertinggi iaitu Sarawak dengan 332 kes, diikuti Selangor (294) dan Johor (102).

Sementara itu, beliau berkata 10 kluster baru dikenal pasti melibatkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan import.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan