Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Malaysia catat 48 kes baru COVID-19; 25 bukan warga negara

Sebanyak 48 kes baru positif COVID-19 direkod di Malaysia hari ini (25 Mei), menjadikan jumlah kumulatif kini 7,185 kes, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia catat 48 kes baru COVID-19; 25 bukan warga negara

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 May 2020 05:37PM Dikemas Kini : 23 May 2020 05:38PM

PUTRAJAYA: Sebanyak 48 kes baru positif COVID-19 direkod di Malaysia hari ini (25 Mei), menjadikan jumlah kumulatif kini 7,185 kes, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 48 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 44 kes adalah penularan tempatan.

“Daripada 44 kes penularan tempatan itu, 25 kes adalah bukan warga Malaysia dengan 21 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih,”  katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata terdapat 53 kes pulih daripada COVID-19 pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad adalah  5,912 kes (82.3 peratus).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata tiada sebarang kes kematian dicatat menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 115 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan