Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makkah longgarkan sekatan COVID-19 dalam 2 fasa mulai 31 Mei

Arab Saudi mengumumkan "rancangan normalisasi dua fasa" pada awal Khamis (28 Mei) bagi Makkah dengan tujuan untuk melonggarkan langkah-langkah terhadap COVID-19 serta kembali ke kehidupan biasa secara beransur-ansur. Demikian dilaporkan agensi berita Anadolu hari ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Makkah longgarkan sekatan COVID-19 dalam 2 fasa mulai 31 Mei

Suasana di Makkah 1 Ramadan pada 24 Apr 2020 (Gambar: Reuters/Yasser Bakhsh)

Diterbitkan : 28 May 2020 11:37AM Dikemas Kini : 28 May 2020 11:39AM

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan "rancangan normalisasi dua fasa" pada awal Khamis (28 Mei) bagi Makkah dengan tujuan untuk melonggarkan langkah-langkah terhadap COVID-19 serta kembali ke kehidupan biasa secara beransur-ansur. Demikian dilaporkan agensi berita Anadolu hari ini.

Fasa pertama akan bermula pada 31 Mei di mana perihal memasuki dan meninggalkan Makkah bakal dibenarkan dari jam 6.00 pagi hingga 3.00 petang, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri melalui kenyataannya.

Solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid al-Haram akan diteruskan sejajar dengan langkah-langkah kesihatan sedia ada, tambah kenyataan itu.

Fasa kedua pula akan bermula pada 21 Jun di mana rakyat dibenarkan untuk keluar rumah antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam.

Menurut kenyataan itu lagi, kedai dandan dan gunting rambut masih tidak dibenarkan dibuka manakala majlis perkahwinan serta upacara pengebumian boleh dihadiri oleh maksimum 50 orang.

Sejak virus korona baru itu muncul Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China, ia merebak ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Lebih 5.6 juta penduduk disahkan positif COVID-19 di seluruh dunia dengan hampir 355,000 kematian dicatatkan sejauh ini.

Sementara itu, 2.3 juta pesakit sudahpun sembuh daripada jangkitan tersebut. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan